NEWS ACRES IN THE NEWS Ikan yu di kondo jadi isu Memelihara ikan yu, seperti yang terdapat di sebuah akuarium di Kondominium Parc Palais di Hume Avenue, dekat Bukit Timah, menjadi satu isu apabila sebuah persatuan menyatakan ia salah di sisi undang-udang. Tetapi menurut Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), tiada permit di perlukan untuk memeliharanya dan ikan yu bukan spesies terancam. Presiden merangkap pengarah eksekutif, Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres), Encik Louis Ng, berkata tiga ikan yu yang dipelihara di kondominium itu melanggar Akta Haiwan Liar dan Burung. Di bawah akta itu, hanya enam jenis burung disenaraikan sebagai binatang yang dibenarkan dipelihara tanpa lesen. Isu menyimpan ikan yu itu timbul selepas seorang penduduk melahirkan kebimbangan apabila melihat ikan-ikan tersebut, yang diletak dalam tank hiasan besar di sebelah kolam renang oleh pengendali kondominium itu. Diminta mengulas, Encik Ng berkata: “Kami telah memberikan aspek undang-undang mengenai ikan peliharaan itu dan hukumannya kepada pengendali kondominium itu.” Namun, jurucakap AVA menyatakan ikan yu itu tidak disenaraikan sebagai spesies terancam dan tidak sala untuk menyimpannya, “Tiada isu kebajikan haiwan. Ikan yu itu diberi tempat yang mencukupi dan diberi penjagaan yang secukupnya dalam kurungan. “Malah tiada isu keselamatan kerana ikan itu disimpan dalam tempat berkurung,” ujarnya. Namun, AVA akan terus memantau kesihatan ikan-ikan itu dan isu keselamataa di situ. Seekor daripada tiga ikan yu itu adalah jenis nurse, yang sepanjang dua meter dan depelihara sejak lima tahun lalu. Ia boleh membesar sehingga empat meter. Dua lagi ialah jenis black tip. Acres telah menasihatkan pengendali londominium itu supaya menderma ikan tersebut kepada Underwater World tetapi los pemindahan yang tinggi menjadi isu.......................................................................................................................................................... |