NEWS ACRES IN THE NEWS Tujuh lagi tarantula diselamatkan Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) telah menyelamatkan tujuh ekor labah-labah berbahaya jenis tarantula yang ditinggalkan dalam dua beg plastic malam kelmarin. Penemuan itu berlaku kurang dua minggu selepas Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) merampas enam labah-labah berbisa jenis itu di sebuah flat di Choa Chu Kang. Dalam kenyataan semalam, Acres berkata pihaknya telah menerima maklumat tentang tujuh labah-labah itu yang ditinggalkan di sekitar kawasan Serangoon. Para pegawai penyelamat yang tiba 10 minit kemudian menemui sekurang-kurangnya empat species tarantula berbeza yang berukuran sekitar 11 sentimeter panjangya dan diletakkan dalam kotak kecil. Di bawah Konvensyen bagi Perdagangan Antarabangsa Species Terancam (Cites), labah-labah jenis itu disenaraikan sebagi haiwan dilindungi. “Acres gembira haiwan itu tidak dilepaskan di hutan terpelihara yang akan menjejas ekosistem di situ. Namun, melepaskan haiwan berbisa itu di tempat awam juga mengancam keselamatan orang ramai,” kata presiden dan pengarah eksekutif Acres, Encik Louis Ng. Pada 24 Januari lalu, seorang lelaki berusia 28 tahun didapati menyimpan enam labah-labah jenis tarantula yang masih kecil lagi, berukuran antara enam dengan tujuh sentimeter, diflatnya. Lelaki itu mendakwa dia telah membeli labah-labah tersebut dari forum internet. Sesiapa yang memelihara haiwan terlarang yang disenaraikan di bawah Cites boleh didenda sehingga $50,000 atau dipenjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. ......................................................................................................................................................... |