NEWS

ACRES IN THE NEWS
____________________________________________________________________

Berita Harian
3 March 2006

Kondo dinasihat alih dua yu

Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) telah menasihatkan pengurusan Kondominium Parc Palais di Hume Avenue, Bukit Timah, supayah memindahkan dua ekor ikan yu jenis black tip yang dipelihara dalam sebuah akuarium besar di situ.

Tetapi, AVA tidak menyatakan apa-apa tentang seekor ikan yu jenis nurse sepanjang dua meter yang juga ditempatkan dalam akuarium di sebelah kolam renang kondominium tersebut.

Isu ikan yu itu menjadi topic hangat di kalangan penduduk di situ, yang bimbang akan kesihatan ikan itu dan keselamatan orang ramai.

Ketika dihubungi, jurucakap AVA, Encik Goh Shih Yong, berkata ia telah bekerjasama dengan Underwater World dan mengesahkan ikan-ikan yu itu dalam keadaan sihat dan saiz akuarium itu memadai.

Namun AVA menasihatkan pengurusan kondoninium itu supaya mengeluarkan ikan yu black tip itu kerana saiz akuarium itu yang mungkin tidak mencukupi apabila ikan-ikan itu membesar kelak.

Ia boleh membesar sepanjang satu meter.

Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) menyambut baik tindakan AVA, namun presiden merangkap pengarah eksekutifnya, Encik Louis ng, melahirkan kebimbangan tentang nasib ikan yu nurse itu, yang boleh membesar sehingga empat meter.

“Jika akuarium itu tidak boleh menampung dua ikan yu black tip itu, sudah jelas ia tidak akan dapat menampung ikan yu nurse itu,” katanya.

top

.........................................................................................................................................................